Friday, 17 August 2012

Jadilah orang yang bersyukur sewaktu menerima ujianNya lebih-lebih lagi tika musibah menimpa. Itu tanda kasih sayang Allah SWT padamu agar hatimu sentiasa bertaut padu dengan namaNya. Usah mengeluh pada RahmatNya, sekalipun ujian musibah menjadi tamu hidupmu. Insafilah dan hayatilah simbolik kesusahan hidup yang menimpa. Allah lebih Maha Mengetahui sedang kita sedikit pun tidak mengetahui. Serahkanlah kehidupanmu sepenuhnya pada Allah SWT. Pasti suatu hari nanti, dirimu akan tersenyum syukur dan bahagia atas ketentuanNya dan barulah engkau mengetahui itulah yang terbaik untuk dirimu. 

Firman Allah SWT yang bermaksud:-

"Dan kami menguji kamu dengan sesuatu yang terdiri daripada ketakutan, kelaparan dan kehilangan harta, nyawa & hasil tanian(buah-buahan). Dan khabarkanlah berita gembira b
uat mereka yang sabar. Yakni mereka yang ditimpa musibah lalu mereka berkata 'Sesungguhnya kita datang daripada Allah kita datang, dan kepada Allah kita kembali'."
(Surah Al-Baqarah ayat 155-156)

Syukur Alhamdulillah, kerana diri kita terpilih menerima didikan Allah SWT. Benarlah, sesungguhnya kehidupan itu umpama sebuah universiti tarbiyah. Guru dan ikutan terbaik adalah Rasulullah SAW. Al-Quran dan Sunnah sebagai buku rujukan. Imtihannya antara nikmat dan ujian. Syukur atau kufur sebagai natijahnya. Menjadi cemerlang bagi yang bertaqwa dan gagal bagi yang ingkar, sedang Allah SWT adalah penilainya.

No comments:

Post a Comment